Alhamdulillah… dua hari bersama 43 pegawai DBKL dalam Kursus Pengurusan Majlis Rasmi & Protokol di Seri Suasana, Beserah terasa cepat sangat berlalu.
Seronok tengok semua peserta begitu aktif, terbuka berkongsi pengalaman dan sangat sporting dalam setiap aktiviti. Yang paling banyak dikongsi dan didebatkan—Strategic Planning dalam event management. Memang bila ramai dah biasa urus program DBKL, idea pun mencurah-curah. Teman sendiri pun rasa banyak belajar daripada pengalaman mereka.
Baru sahaja selesai majlis perasmian penutupan kursus oleh YBrs. Pn Norhaslinda binti Nordin, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL.
Terima kasih atas kehadiran dan sokongan yang sangat bermakna.
Syukur, diberi peluang untuk jadi sebahagian daripada perjalanan ilmu ini.
Syukur juga kerana dapat bertemu ramai wajah baharu, yang semuanya datang dengan semangat nak perbaiki cara kerja dan naikkan imej organisasi masing-masing.
Moga ilmu yang dikongsi akan terus dimanfaatkan… dan semoga kita semua terus maju, terus buat kerja dengan hati, dan terus memberi yang terbaik.

Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.

