Kursus Pengurusan Majlis Rasmi & Protokol DBKL

19–21 November 2025

Seri Suasana DBKL, Beserah Pahang

43 pegawai dari pelbagai unit & jabatan
Alhamdulillah, selesai program tiga hari yang sangat interaktif dan padat dengan perkongsian praktikal. Kebanyakan peserta sudah biasa menguruskan acara DBKL, dan ini menjadikan perbincangan lebih matang serta penuh pengalaman sebenar.
Antara aktiviti yang mendapat fokus utama ialah Strategic Planning dalam Pengurusan Majlis, iaitu bagaimana merancang keseluruhan perjalanan acara secara menyeluruh—daripada objektif, struktur jawatankuasa, koordinasi dalaman, komunikasi dengan pihak berkepentingan hinggalah kepada pelaksanaan dan penilaian. Topik ini menjadi antara yang paling banyak dikongsi, dibincang dan diperhalusi oleh peserta.
Selain itu, para peserta turut terlibat aktif dalam:
• Penyusunan tugasan jawatankuasa
• Perbincangan kumpulan & perkongsian pengalaman sebenar program DBKL
• Pembentangan cadangan pelaksanaan majlis
• Penambahbaikan SOP sebelum, semasa & selepas majlis
• Adab dan Tertib di Majlis Makan
Suasana pembelajaran sangat dinamik, dengan idea kreatif dan penyelesaian praktikal lahir daripada gabungan kepakaran pelbagai jabatan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada DBKL atas inisiatif berterusan dalam meningkatkan kompetensi pegawai.
Tahniah kepada semua peserta atas komitmen, disiplin dan kerjasama yang sangat memberangsangkan.
Semoga ilmu dan strategi yang dipelajari—terutamanya dalam perancangan strategik pengurusan acara—dapat diaplikasikan dalam setiap program DBKL.
Selamat maju jaya dan terus cemerlang membawa imej organisasi dengan penuh profesionalisme.
Berminat untuk menjemput kami mengendalikan kursus?
Latihan dalaman boleh diaturkan untuk syarikat atau agensi yang mempunyai kumpulan peserta.
Mohon isikan borang di bawah untuk membantu kami mengemukakan proposal bagi memenuhi keperluan latihan anda.